Dormmates ;)

Assalamualaikum.

Hari ni rasa macam kosong. And aku rasa aku nak update blog. Aku sendiri pun tak tau nak update apa. But yeah who cares sukahati aku lah nak tulis apa pun kan.

First nak tulis pasal dormmates for 2013.

Aku rasa sepanjang aku kat mrsm, aku lebih banyak habiskan masa dengan dormmates. Yelah, first day pun, first kenal pun dengan budak budak dorm. Setiap malam, menghadap dormmates. Ada masalah, jumpa dormmates. Nak makanan, mintak kat dormmates. Segalanya dormmates. Memang tak boleh hidup tanpa diorang mungkin. Hahaha aku sendiri pun nak termuntah bila cakap cam ni.


Aku ingat lagi masa hari pertama kat maktab. Datang pukul 8.30 and daftar. Aku rasa tempat tu sangat asing bagi aku. Terlalu asing. Orang first yang aku kenal ialah Kak Farah dgn sorang lagi akak tu tapi aku tak ingat nama dia. Yang penting, akak tu kurus keding macam tak pernah makan. Diorang baaaiiiik sangaaat. Terkejut masa masuk bilik tu, ada Anis. Ya Allah, tak sangka sama bilik dengan dia! Alhamdulillah.. Lepas habis unpack barang tu, mak dengan abah bawak pergi tesco. Saje nak makan makan. Bila dah habis, ada taklimat lah pasal f1 ni. Aku malas nak dengar. Dalam pukul 12 lebih tu dah habis dah rasanya. Mak suruh balik bilik lepastu tukar baju. Tunggu zuhur. Abah balik sekejap sebab nak hantar adik aku pergi sekolah. Lepas tu aku dengan mak pergi surau. Rasa sedih sebenarnya. First time jauh dengan mak, abah, adik adik dan yang paling penting sekali, jauh dengan internet. Hahahaha. On the way pergi surau tu, aku rasa pelik dengan semua benda. Sebab aku tak biasa lagi. Rasanya kalau takde orang guide aku bila nak pergi mana mana, insyaallah sesat. Dah habis solat semua tu, abah tanya, "nak balik rumah sekejap tak? sekarang ni boleh keluar. mana lah tahu, kak uda nak bukak twitter dulu." hahaha masa tu aku rasa abah perli aku weh. Memang bengang to the max gila max lah. Aku nak balik sebenarnya. Yelah, takkan nak duduk kat bilik tu daripada pukul 2 sampai maghrib. Tapi entah kenapa, aku tak balik. Nak nangis bodoh hahaha. Kesepian tsk tsk.


So start daripada pukul 2 sampai pukul 7 tu aku duduk kat bilik. Memang tak ada idea nak buat apa. Rasa macam nak tidur je. Aku pun tidur jelah kan who cares. Tidur pun tidur jugak tapi tak nyenyak. Mana taknya, bunyi beg beg yang 'kawan kawan' aku bawak. Aku sebenarnya tak nak tidur. Aku nak bangun and cakap cakap dengan diorang. Tapi hmm aku kan pemalu. So aku tidur je. Tidur sampai asar and aku terbangun bila azan. Ingat nak solat dalam dorm je tapi waktu tu tak yakin arah kiblat. Dengan malasnya , aku pergi surau. Nasib baik aku ingat lagi jalan nak pergi surau. Pergi surau pun sorang sorang. Takde kawan kan. Lepas dah habis solat tu, aku tidur lagi. Sampai pukul 6. Masa tu baru lah nak siap siapkan diri.


Waktu tu tak silap aku, Kak Aina 'kumpul' adik adik macam kitorang ni. Dia bawak satu geng f1 pergi DS. Aku dengan Anis join Kak Aina. Sebab kitorang pun tak kenal siapa siapa. Nasib baik lah aku dengan Anis tu dulu sama kelas. Then pergi surau, kitorang duduk kat belakang. Saje nak duduk belakang, nak tengok suasana surau tu. Tiba tiba Kak Yana tegur. Dia tanya nama kitorang, lepastu dia kata, "Jangan takut takut tau duduk sini, mula mula memang rasa tak tahan. Tapi kalau dah biasa, sebenarnya best tau." And aku yakin dengan kata kata tu.


Lepas isyak, kitorang ada program. Tapi aku tak ingat sangatlah.


Then, balik dorm dalam pukul 11 nak pukul 12. Bila dah sampai dorm, masa tu lah baru nak kenal diorang. Aku ingat lagi, orang first yang bukak perbualan tu ialah Ain Sab. Dia lah yang paling hyper sekali. Dia tanya nama setiap sorang and try ingat. Lepas tu barulah kitorang bisingkan bilik tu.



Okay, next entry aku akan describe setiap sorang ahli bilik aku. Sekarang dah penat. Apa pun, aku saaaayaaangg diorang. Muah muah!! Thanks for being my friends through laughter and tears.




2 comments:

  1. Hi Dear, are you genuinely visiting this
    web site daily, if so afterward you will absolutely obtain fastidious experience.


    Here is my site: smartphone

    ReplyDelete