2013

Assalamualaikum.

Rasanya dah lama sangat tak bukak blog. Dah lama sangat tak tulis benda merepek kat blog. Kenapa ntah tiba tiba rasa mcm nak delete semua post. Mula mula ingat tak nak delete. Sayang kat blog ni punya pasal. Tapi terrrrdelete semuanya. So dah tak ada benda nak dibaca. Rasa macam jahat sangat je sebab dah buat macam ni kat blog sendiri. Padahal aku ingat lagi. Dulu, suka sangat update blog, hias blog, sampai jadi 'cikgu' untuk kawan kawan aku yang tak tau pasal blog.


Tapi nak buat macam mana kan.. Its 2013 and im 13. Oh ya, mungkin aku patut buat post ni masa 1 Januari 2013 tapi apakan daya. Masa tu aku masih frust sebab fikir pasal sekolah menengah yang aku akan masuk. Ya, masa tu aku kena terima yang aku akan jadi pelajar untuk SMKPG2. Sumpah takut dohhh. Takut kalau aku akan berubah, macam kebanyakan budak budak yang masuk sekolah tu. Menangis. Tak nak aku masuk situ. Tapi Fatin bagi semangat. Dia kata semua sekolah sama je. Dan aku cuba kuatkan semangat. Nasib baik ada Diana.


Rasanya tak perlu kot cakap pasal sekolah tu. Bersyukur sebab aku dah ada sijil berhenti sekolah pg2 tu. Rasa lega yang sama macam orang baru keluar penjara. Mungkin.


Sekarang, aku sekolah dekat mana? Hmm cuba teka.



-

-
-
-
-
-
-
-

You have no clue right.


MRSM JB! Langsung tak percaya pun aku masuk maktab tu. Sebenarnya kalau bole, aku tak nak pun masuk situ. Aku tahu aku lemah sangat bahasa inggeris. Maktab tu aliran inggeris. Memang ikutkan hati, aku memang beri 1000 tak nak. Aku dah cakap dengan Abah. Sebab aku tau yang aku tak mampu. Tapi bila tengok Abah, aku rasa serba salah. Sebab apa? Sebab Abah memang harapkan sangat aku mohon situ. Bukan apa, cuma kalau boleh aku nak tunaikan apa yang Abah mintak. Aku pun kata ok. oK lah sangat padahal k0 puihhh. Abah kata bagus sikit kalau sekolah kat situ. Aliran inggeris + dekat dengan rumah. Aku pun watever lah asalkan aku tak sekolah kat pg2 tu.



Rasanya aku tak perlu cerita kot macam mana aku kat sana. Segan.



Tapi satu benda yang aku susah nak buat bila kat sana. Apa dia? Duduk jauh dengan Fatin, dengan Syifa. Rasa lain. Sebab apa? Sebab aku dah biasa lalui hari hari dengan diorang. Buat apa apa semuaaaa mesti sama sama. Susah. Kadang kadang, bila tengah duduk sorang sorang, mesti ingat diorang. Nak nangis, tapi aku tahan. Walaupun akhirnya air mata tu jatuh jugak. Siapa sangka, orang yang dulunya pernah gaduh dengan aku sebab benda kecik, aku boleh rindu. Siapa sangka, orang yang aku pernah benci dulu, aku boleh rindu.




Aku tak kesah. Aku tahu perasaan tu memang fitrah. Tak salah nak rasa rindu. Aku yakin diorang pun rindu aku. Itu je cara untuk buang sedih tu jauh jauh. Cuba untuk pujuk hati.



Tapi satu benda yang aku susah nak terima. Satu je. Dulu Fatin pernah janji yang dia takkan cari bff baru. Dia sendiri yang janji. Dia dm aku sehari sebelum aku masuk asrama. Dia kata dengan aku, jangan cari bff baru. Sebak. Sebak bila tengok gambar dia dengan ain yang ada caption 'bff'. Sedih. Sedih bila tengok gambar diorang keluar pergi bukit layang layang. Sedih bila tengok segalanya. Bukan apa, cuma dia mungkir janji. Maaf untuk ini. Sebenarnya tak sanggup nak cakap.



Takpelah. Aku tak marah. Aku tak halang. Cuma yang aku mintak, jangan lupakan aku. Macam kelakar bunyinya. Tapi kau tahu apa. Kau takkan faham. Perasaan bila diganti. Pernah rasa? Kalau pernah, kuatkan diri. Kalau tak pernah, cuba bersedia. Sebab aku yakin, satu hari nanti benda ni mungkin jadi lagi.



Fatin,

jangan risau sebab kita tak salahkan awak. Kita cuma nak bagitau benda yang kita tak pernah bagitau awak selama ni. Kita sayang awak macam mana kita sayang diri sendiri. Kita mengaku, 2013 dah banyak buat awak berubah. Sangat.


Untuk Syifa,

tolong jangan lupakan kita. Kita saaaaayaaanggg awak sangat. I miss how we used to be. Dulu, kalau ada apa apa event untuk pecutan upsr dan mak kita tak dapat hantar, awak selalu jadi 'transport' kita. Family awak baik sangat. Maaf sebab tak mampu balas.


Apa pun, terima kasih sebab dah jadi kawan aku. Mungkin bukan selamanya, tapi korang pernah jadi sebahagian hidup aku. Terima kasih :) Fatin, kita simpan semua pemberian awak, insyaallah. All the best in your everything. Remember that both of you always in my du'a. Assalamualaikum.







Lotsa love,
Mashitah

No comments:

Post a Comment